S : Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 bulan. Masalahnya sebelah batu kemaluan anak saya tidak turun di tempatnya. Saya ada mencuba dengan cara tradisional tetapi tidak berhasil. Apakah yang patut saya lakukan? Terima kasih.

Jaa
Kuala Berang
Terengganu

J :
Apa yang dialami oleh anak puan adalah satu keadaan yang dikenali sebagai ‘undecended testes’. Ini bermakna telur/buah zakar masih belum masuk ke sarung scrotum. Ini selalunya terjadi semasa pembentukan janin.

Testes tersebut selalunya akan masuk ke dalam karting scrotum dengan sendirinya dan ia selalunya pulih apabila kanak-kanak mencecah umur 2 tahun. Jika testes tersebut masih berada di atas atau di luar scrotum selepas umur 1-2 tahun, satu pembedahan kecil harus dilakukan untuk meletakkan buah zakar tersebut di tempat yang asal.