S : Kebiasaannya kita selalu mendengar kes jaundis dalam kalangan bayi baru lahir tetapi masalah yang dihadapi anak saya lain daripada itu. Kelahirannya normal dan dia tidak menghidap jaundis sebaliknya dia mengalami sakit mata seperti orang dewasa. Saya ingin tahu, mengapa masalah ini boleh terjadi pada bayi baru lahir sedangkan ketika itu saya tidak mengalami sakit mata. Adakah masalah ini berkait rapat dengan diri saya sewaktu hamil?

Mai, Rengit, Batu Pahat

J :
Adalah tidak mustahil untuk bayi dijangkiti sakit mata. Walaupun tidak kerap, ia masih boleh berlaku. Selalunya ia tidak berkaitan dengan diri puan ataupun kehamilan puan. Namun begitu, saluran peranakan perempuan ada banyak kuman dan ini boleh menyebabkan jangkitan kuman pada bayi terutamanya semasa proses kelahiran. Salah satu jangkitan kuman yang boleh berlaku adalah sakit mata.