Ibu-ibu hamil sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Ada petua tradisional yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ini.

1.      Ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Anda juga boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

2.      Ambillah segenggam kacang hijau, rebus dengan air bersih tanpa dicampur dengan bahan lain. Rebus sampai mendidih. Sebelum kacang hijau itu pecah-pecah kulitnya, dan air rebusan tinggal segelas, angkatlah dari api. Minumlah air rebusan kacang itu bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur. Menjelang tidur, angkatlah kaki anda ke atas setinggi mungkin dengan bantuan alat selama lebih kurang 10 minit. Lakukan setiap malam menjelang tidur. Inshaa Allah, urta betis anda kembali semula seperti normal.