Bagi anda yang mengalami masalah liang pori yang besar pada wajah, jangan terlalu risau. Anda boleh mencuba petua ini. Campurkan dua sudu mayones dengan perahan lemon. Sapukan pada wajah sebagai masker dua kali seminggu. Selain mengecilkan pori, ia bertindak sebagai pelembap wajah.