2

Dada Berlekuk

S : Saya mempunyai anak lelaki yang kini berusia lapan bulan. Ada yang mengatakan dadanya seperti dada burung. Masalahnya dada anak saya berlekuk yang agak dalam. Apabila dia bernafas atau batuk, ia akan tenggelam mengikutnya bernafas. Saya risau melihat keadaan itu. Apakah dada anak saya cacat atau normal? Adakah ia berbahaya di masa akan datang atau akan mendapat penyakit seperti asma atau lain-lain?

Emi
Taiping, Perak

J :
Dada berlekuk pada anak puan mungkin disebabkan oleh struktur tulang rusuk yang agak berlainan. Namun begitu ini tidak bermakna anak puan akan mengalami masalah seperti penyakit asma. Terdapat ramai kanak-kanak yang mempunyai dada berbentuk begini tetapi mereka adalah kanak-kanak normal dan tidak mengalami sebarang penyakit.

LAMAN UTAMA
@Grup Digital Karangkraf