Memiliki anak memang menyeronokkan. Sibuk menguruskan si kecil, jangan sampai mengabaikan hubungan intim suami isteri. Tahukah anda hubungan seks yang dilakukan seminggu sekali, dapat membakar lebih daripada 10,000 kilo kalori dalam setahun.

 

Wanita yang sudah bergelar ibu kadang kala terlupa kewajipan utama melayan suami. Awas jangan sampai si dia merajuk dan cemburu dengan anak yang terlalu diutamakan. Ayuh, mama semua hangatkan semula hubungan asmara kerana ia kunci kebahagiaan rumah tangga.

 

Panduan untuk terus menyemarakkan hubungan suami isteri:

 

1.       Senyuman manis

Senyuman yang dilemparkan kepada suami sambil mengucupnya mesra pasti dapat membangkitkan berahi. Bahkan jika anda dan suami tidak sempat melakukan hubungan seks, ciuman hangat dan pelukan erat juga salah satu aksi pra asmara yang dapat mengungkapkan kasih sayang antara kalian.

 

2.       Hiasi bilik tidur

Bilik tidur adalah rahsia paling utama dalam rumah tangga kerana disitulah bermulanya hubungan asmara suami isteri. Oleh itu pastikan anda menjaga rapi kebersihan bilik tidur. Kerap menukar cadar katil agar bersih dan selesa. Gunakan haruman aroma terapi atau pewangi bilik bagi menyemarakkan lagi rasa berahi.

 

3.       Tampil seksi dan menggoda

Mengapa mesti malu dengan suami sendiri? Lelaki memang peka pada rangsangan yang bersifat visual. Semua perkara yang dilihat dengan matanya termasuk kecantikan, tubuh seksi si isteri dengan mudah merangsang ghairahnya. Jadi, pastikan anda memakai pakaian yang seksi, menarik dan memakai wangian yang dapat menggoda suami untuk aksi hangat seterusnya.