bra

Coli Ibu Hamil & Menyusu

Bukan perut sahaja yang berubah saiz apabila mengandung, payu dara bakal ibu turut mengalami perubahan saiz. Saiz payu dara sedang mempersiapkan keperluan untuk memberikan makanan awal kepada bayi.

 

Jangan pandang remeh dengan perubahan tersebut. Penjagaan awal menghadapi perubahan saiz payu dara memerlukan ibu menukar jenis dan saiz coli. Berikut panduan memilih coli yang sesuai:

 

1.      Wanita hamil perlu memakai coli yang dicipta khusus untuk mereka sesuai dengan perubahan bentuk payu dara. Coli tersebut harus mampu memberi sokongan pada payu dara agar selepas mengandung dan menyusukan bayi, payu dara kembali menawan.

 

2.      Coli semasa mengandung dan menyusu berbeza bentuknya. Namun kini ada coli yang dicipta untuk kedua situasi bagi menjimatkan wang. Ciptaan cola tersebut member tumpuan kepada kemampuan menyokong saiz payu dara yang semakin membesar serta mempunyai fungsi bukaan di bahagian hadapan bagi memudahkan tugas ibu ketika menyusukan bayi.

 

 

3.      Pilihlah coli yang punya banyak penyangkuk di belakang agar dapat disesuaikan dengan keadaan payu dara. Pastikan juga untuk memilih coli dengan saiz yang mampu menutup seluruh payu dara.

 

4.      Untuk coli menyusu, pilih yang boleh dibuka dan ditutup di tengah-tengahnya. Sebaiknya beli coli yang penutupnya mudah dibuka, agar anda tidak perlu kelam kabut membukanya apabila si kecil mula menangis hendak menyusu.

 

5.      Coli mestilah selesa dan dapat memuatkan seluruh payu dara. Coli yang terlalu ketat dapat menyumbat pembuluh darah dan menghalangi penaliran susu ibu.

 

6.      Ketika anda menyusukan bayi elakkan daripada memakai coli yang berdawai di bahagian bawah. Dawai yang mengelilingi coli dapat mempengaruhi aliran susu  badan. Pengeluaran susu ibu terletak pada payuddara hingga ke belakang tulang rusuk dan ketiak, jadi elakkan daripada memakai coli ‘underwire’.

 

7.      Pilih cola yang diperbuat daripada 100 peratus fabrik kain kapas, agar kulit payu dara dapat bernafas. Elakkan pemakaian coli daripada fabrik seperti lace dan renda yang menghalang pengudaraan baik di kawasan payu dara kerana ia boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria ketika hamil dan menyusukan bayi.

LAMAN UTAMA
@Grup Digital Karangkraf