Keseimbangan antara kecemerlangan IQ, EQ dan SQ adalah faktor penting untuk diterapkan dalam diri kanak-kanak yang baru mula mengenal dan memasuki alam persekolahan. Dengan berpegang kepada prinsip inilah yang diamalkan oleh Tadika Islam Saidina Abu Bakar As-Siddiq (TISAAS) telah berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dari akademik, islamik dengan keterampilan yang berwibawa.

Menurut pengetua tadika TISAAS, Rahilah Akhtar, tunjang utama tadika ini yang telah beroperasi selama 9 tahun ini ialah memberikan keseimbangan dalam pendidikan akademik & Islamik selaras dengan perkembangan umur dan peredaran zaman, berusaha menyuburkan potensi pelajar dalam semua aspek perkembangan dan menguasai kemahiran asas sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

Di samping itu, untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kematangan emosi dan kemahiran bersosial, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah. Serta melahirkan pelajar yang mempunyai penguasaan agama yang mantap dan berusaha memastikan belajar mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Rahilah berkata, “Tadika ini mempunyai jumlah pelajar seramai 150 orang dan memiliki bangunan yang direka khas dengan bertemakan Islamik Disneyland bagi menarik minat kanak-kanak untuk memulakan alam persekolahan. Kami turut menyediakan prasarana dan suasana pembelajaran yang menyeronokkan serta ceria. Di samping itu, sistem pembelajaran merangkumi semua aspek iaitu perkembangan fizikal, mental, emosional & spiritual, perkembangan bahasa & komunikasi, perkembangan kognitif, meningkatkan daya kreativiti & imaginasi serta pembentukan sahsiah& nilai estetika yang merupakan asas kepada kejayaan dan kecemerlangan pelajar di sini.”
 
Katanya lagi, tadika ini merupakan rumah kedua bagi kanak-kanak untuk menerima semaksimum input positif untuk mempelajari mengenai kehidupan seharian dengan tatacara dan adab yang sebenar berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Begitu juga dengan pembelajaran iaitu setiap ilmu pengetahuan akan di aplikasikan melalui aktiviti antaranya muzikal, kerja kumpulan, aktiviti seni, program multimedia, field trips dan role play.

Kanak-kanak memerlukan rangsangan yang sesuai untuk membantu perkembangan motor kasar pada otak. Dengan itu, kesemua silibus di tadika ini iaitu kurikulum dan ko-kurikulum mampu memberi rangsangan pada minda pelajar sekali gus menarik minat mereka untuk endalami sesuatu ilmu.

Sehubungan itu kaedah pengajaran yang digunakan ialah My Kids Multimedia Program-Theory Multiple Intelligent, Mental Aritmetik, Ladybird International Reading Scheme, Iqra’, Siri Cepat Baca & Bacalah Anakku, Flash Card sand paper & Glenn Doman, Hafazan Al-Quran Kaedah SAAS dan Siri Penguasaan Jawi & Bahasa Arab Kaedah SAAS.