Penting bagi ibu bapa tahu apa kudapan atau snek yang berkhasiat dan bermanfaat untuk anak-anak. Kesilapan memilih snek yang betul untuk anak boleh menjejaskan kesihatan mereka. Teruskan bersama membaca artikel ini untuk mengetahui snek apa yang sesuai untuk  anak anda.

  • Potongan buah-buahan segar
  • Buah-buahan kering seperti buah prun, kurma dan kismis
  • Biskut oat bersama mentega kacang
  • Potongan lobak merah dan timun
  • Sandwic
  • Biskut lemak dengan jem buah-buahan
  • Kek
  • Yogurt
  • Bertih jagung
  • Keju
  • Bar bijirin (Cereal bars)

Kudapan yang perlu dielak:

  • Terlalu manis

Biskut yang ada di pasaran biasanya tidak mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan kanak-kanak. Tetapi, jika biskut itu terlalu manis seperti biskut gula, elakkanlah. Seeloknya, kandungan gula yang terkandung dalam makanan untuk anak perlulah seminimum yang boleh.

  • Garam

Pastikan anda tidak biasakan anak dengan makanan bergaram terutamanya bagi anak yang masih kecil. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melaporkan makanan ringan yang menjadi kegemaran kanak-kanak mengandungi dua kali ganda garam melebihi kadar yang selamat untuk orang dewasa. Kanak-kanak menanggung risiko kesihatan lebih besar kerana tubuh mereka lebih sukar menyingkirkan natrium berbanding dengan orang dewasa.

Info tambahan:

Selain daripada kudapan, air yang anak anda minum juga perlu diperhatikan. Ramai kanak-kanak suka minum minuman berkarbonat kerana rasanya yang manis. Inilah yang perlu dielakkan. Sebaiknya, beri anak anda minum air kosong, susu atau pun jus perahan buah-buahan segar.