Semakin anak membesar sebenarnya semakin dia perlukan belaian kasih sayang. Kadang kala selaku ibu bapa, kita terlupa bahawa belaian manja tetap perlu diteruskan walaupun anak-anak semakin membesar.

 

Adakalanya kita beranggapan anak yang sudah berusia empat tahun dan ke atas sudah tidak mahu dipeluk cium kerana mereka sibuk bermain. Hakikatnya anak-anak tetap mahukan papa dan mama memeluk, mencium dan membelai manja mereka.

 

Jangan pernah rasa terlambat untuk memulakan sentuhan kasih sayang kepada anak-anak. Usah berhenti memeluk dan mencium mereka kerana ia memberi kesan positif terhadap perkembangan minda anak yang cerdas.

 

Tip Belaian Kasih

 

*Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

 

*Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Dia akan lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

 

*Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah. Peganglah tangan sambil berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam hidup anda.

 

*Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu menakjubkan dalam dunia mereka.

 

*Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.

 

*Jangan membiarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam.