Alangkah bahagianya apabila sudah bergelar ibu. Si kecil dilahirkan sihat dan cukup sifat. Namun dalam bahagia terselit satu perasaan bimbang kerana takut misi mengembalikan bentuk tubuh yang langsing selepas bersalin gagal. Jangan putus asa, amalkan cara berikut bagi memastikan impian itu jadi kenyataan.

1. Santai
Untuk mengembalikan bentuk tubuh anda yang langsing memerlukan waktu. Meski tampak mudah sebagaimana yang dilakukan selebriti terkenal selepas melalui proses bersalin yang hanya mengambil masa selama seminggu untuk kembali langsing, tetapi hakikatnya ia bukanlah semudah itu. Tubuh anda telah melalui perubahan besar selama sembilan bulan iaitu ketika anda hamil, jadi janganlah terlalu memaksa dan berharap untuk kembali langsing dalam tempoh waktu yang singkat.

2. Menyusui
Seorang ibu yang menyusui bayi dapat menghilangkan lebih banyak berat badan. Anda akan dapat membakar sehingga 500 kalori lebih setiap hari.

3. Bergerak
Pastikan anda sentiasa mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor bila anda boleh mula berolahraga setelah bersalin. Jika boleh, berjalan-jalanlah sedikit di sekitar rumah sambil membawa bayi di dalam kereta sorongnya selama 30 minit dan amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

4. Makan Sedikit
tetapi kerap Jika anda menunggu waktu lapar untuk makan, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda telah makan lebih banyak kalori bila anda makan. Hindari makan terlalu banyak dan jagalah metabolisme dengan stail dan makan antara 5 – 6 sajian kecil setiap hari.

5. Kudapan Sihat
Gantikan kudapan manis yang sering anda makan dengan buah-buahan atau salad. Bersihkan almari serta peti sejuk anda daripada kudapan tinggi lemak dan rendah serat seperti kerepek dan ais krim.

6. Banyakkan Serat
Tetap kenyang lebih lama dengan makan makanan tinggi serat. Makanlah banyak makanan berserat larut seperti bijirin, buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Pilih roti gandum dan nasi daripada beras merah.

7. Ambil Protein
Gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan. Ikan salmon contohnya merupakan sumber omega 3 yang telah terbukti mengurangi pengurangan dan membantu menurunkan berat badan.

8. Minum Banyak Air
Air sama fungsinya seperti minyak yang dapat melancarkan fungsi organ di dalam tubuh. Pastikan tubuh sentiasa dipenuhi keperluan cairan kerana ia amat penting untuk menurunkan berat badan, membantu pencernaan dan mengurangkan nafsu makan anda.