Penjagaan Bayi Baru Lahir

Bayi yang baru lahir amat sensitif terhadap persekitarannya. Sesetengah bayi memerlukan penjagaan rapi selepas dilahirkan terutamanya bagi yang dilahirkan pramatang. Bayi pramatang memerlukan penjagaan khusus untuk memastikannya membesar seperti bayi normal. Kebiasaannya, ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui tentang penjagaan bayi baru lahir.

Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada di dalam kandungan.

Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa. Ketahuilah bahawa kebanyakan kulit bayi baru lahir akan mengalami kekeringan dan pengelupasan. Ini adalah proses semula jadi dan terjadi kerana kandungan minyak yang dihasilkan oleh kulit bayi belum stabil.

Pada masa yang sama, bulu-bulu halus yang ada pada tubuh bayi anda akan gugur sedikit demi sedikit. Anda juga akan dapat melihat tompok-tompok merah seperti ruam pada hidung dan beberapa bahagian lain pada tubuh yang lain. Jangan bimbang kerana kesemua ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.

Selain itu, pusat bayi baru lahir perlu dijaga rapi. Cuci tunggul pusat bayi anda dengan air dan pastikannya selalu bersih dan kering. Tali pusat tersebut akan tertanggal dengan sendirinya selepas lapan ke 12 hari kelahirannya. Adalah menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau sedikit.

Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan. Pastikan juga bayi anda mendapat suntikan imunisasi seperti yang disyorkan doktor pediatrik untuk mengelakkan penyakit berbahaya. Ketika ini juga, doktor pediatrik anda akan merekodkan perkembangan fizikal dan mental bayi anda seperti berat badan, tinggi dan pergerakan yang sepatutnya bayi anda lakukan.

Kepada ibu bapa baru, setelah mengetahui perkara-perkara asas tentang bayi baru lahir anda, janganlah takut untuk memegang atau membelainya. Bayi amat suka disentuh dan dibelai. Namun, anda haruslah berhati-hati agar tidak mencederakannya. Jangan panik jika bayi anda menangis. Carilah punca mengapa dia menangis. Biasanya bayi menangis kerana dia lapar, lampinnya basah, dia rasa mengantuk atau rasa tidak selesa. Ketika bersama bayi, eloklah anda berbual-bual, senyum dan bermain-main dengannya untuk  merangsang deria anak dan membangkitkan rasa kasih sayang antara anda berdua.  

Tip Penjagaan Bayi Baru Lahir

  • Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk.
  • Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan ubat yang diberikan doktor.
  • Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan terkena ruam lampin.
  • Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.
  • Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan dia  kembung atau muntah.

Perlindungan Berterusan Untuk Bayi Anda 

Perkara paling indah dalam kehidupan datang dalam bentuk yang tidak dijangka. Begitu juga keadaannya dengan kelahiran seorang bayi. Jadi, kenapa tunggu sehingga bayi anda telah lahir untuk memberikannya yang terbaik?

Dengan PruBSN SmartLink, perlindungan nyawa akan diberikan kepada ibu dan bayi di sepanjang kehamilan dan selepas kelahiran. Jika bayi anda mengalami komplikasi sejurus selepas kelahiran, PruBSN SmartLink akan memberikan perlindungan untuk inkubasi dan ICU/HDU (Unit Rawatan Rapi / Unit Berisiko tinggi).

PruBSN SmartLink melindungi anak anda seawal 20 minggu kehamilan sehingga dia dilahirkan. Malah, bayi anda juga akan menerima manfaat-manfaat selepas lahir yang membantunya membesar dengan sihat dan bijak. Jika anda sedang hamil dan berusia di antara 19 hingga 45 tahun, anda boleh memiliki pelan bijak ini.

Anda juga boleh menikmati manfaat-manfaat kehamilan dan bayi yang serupa dengan memilih rider Baby Care yang boleh disertakan bersama pelan PruBSN TakafulLink atau PruBSN FirstLink. Dengan rider ini, anda akan menikmati manfaat-manfaat yang sama untuk kelahiran-kelahiran  seterusnya serta Bonus Imunisasi sebanyak RM200.

Nantikan artikel seterusnya mengenai perkembangan bayi anda dan ketahui lebih lanjut bagaimana PruBSN SmartLink dapat memberikan si manja perlindungan yang berterusan selepas kelahiran.

Maklumat lanjut mengenai pelan ini boleh didapati di sini. Anda juga boleh menghubungi (03) 2053 7188 atau e-mel kepada customer@prubsn.com.my untuk sebarang pertanyaan. Sila nyatakan Pa&Ma dalam komunikasi anda kepada PruBSN.

 

Sumbangan artikel daripada

Nota : Ini adalah panduan/ tips yang bersifat umum dan mungkin tidak merangkumi situasi bagi sesetengah individu.  Untuk keterangan lanjut, anda dinasihatkan merujuk kepada Pakar Perbidanan dan Sakit Puan anda
Sumber artikel:
1.      
1) Laman web Majalah Pa&Ma
2.       2) Laman web Baby Center
3.       3) Buku panduan lengkap: Penjagaan Ibu dan Anak oleh Elizabeth Fenwick