1. Ruam panas
Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas.

Rawatan : Elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. Kain kapas merupakan alternatif terbaik untuk dipakaikan kepada bayi anda berbanding nilon dan poliester.

2. Ruam Lampin
Ruam lampin pula merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi. Ruam lampin boleh berlaku jika bayi anda dibiarkan terlalu lama memakai lampinnya yang kotor kerana air kencing mahupun najis.

Rawatan : Segera ganti lampin setiap kali bayi buang air besar atau kecil. Bersihkan dengan air suam, bila perlu dengan sabun halus dan bilas sampai bersih dan keringkan. Hati-hati pada keadaan bayi yang alah pada penggunaan sabun. Sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit yang sedang radang terhadap hubungan dengan iritasi.

3. Ruam Susu
Ruam susu ialah bintik-bintik putih yang sering muncul di muka, leher dan atas dada bayi.

Rawatan : Jika anda terlihat bintik-bintik seperti ini, tidak perlu risau kerana ia akan hilang begitu sahaja.

Ekzema
Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. Keadaan ini menyebabkan rasa sangat gatal.

Rawatan : Tiada ubat yang boleh mengubati ekzema sehingga pulih. Mengawal ekzema secara berkesan boleh dibuat dengan mengamalkan sistem rawatan asas yang mudah.

Alergi
Kulit terdapat kemerahan disertai rasa gatal yang timbul secara tiba-tiba. Biasanya ia berpunca daripada makanan, perubahan cuaca,ubat, binatang peliharaan, serangga dan sebagainya. Reaksi alergi pada kulit terjadi setelah tubuh berhubungan dengan suatu alergen, sama ada yang dihirup (misalnya debu), dimakan (misalnya makanan dan ubat), yang menempel di kulit (alergi kontak), disuntikkan (alergi ubat), atau gigitan (alergi gigitan serangga).

Rawatan : Untuk mengelakkan bekas, jangan digaru (memang susah untuk menahan apatah lagi bayi). Sapukan krim anti gatal seperti phenergan cream atau berikan salap yang mengandung kortikosteroid untuk mencegah hiperpigmentasi (bintik hitam). Tetapi ubat-ubat tersebut apabila digunakan tanpa panduan doktor boleh menipiskan kulit anda.