Pernah dengar tak nama penyakit G6PD? Ia biasanya berlaku di kalangan bayi terutama yang baru lahir. Eh bahaya ke penyakit ini? Risau juga kalau kena kepada anak sendiri.

 

Sebenarnya G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah atau sejenis penyakit genetik. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sample dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD.

 

Apa maksud kekurangan enzim G6PD?

 

Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah.

 

Apakah patut lakukan bila anak kekurangan G6PD?

 

Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:

 

*   Memberi  ubat-ubat  sendiri tanpa arahan doktor.

 

*   Ubat gegat.

 

*   Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.

 

*   Minyak gosok.

 

*   Kacang parang.

 

Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan  kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital.